~✿>>Apabila wanita cantik dengan berpakaian menarik perhatian lelaki memaparkan gambarnya, mulailah ada lelaki memberi komen gedik.. “Comelnya awak..” “Awak ni begitu sempurna, mesti beruntung jika dapat isteri macam awak..” “Awak ni cute la..” Apabila wanita menutup aurat ataupun berpurdah memaparkan gambarnya, mulailah ada lelaki yang memberi komen ala-islamik.. “Subhanallah, baiknya awak..” “Inilah muslimah solehah..” “Pasti beruntung suami awak nanti..” :: Sedangkan, apakah tujuan sebenar wanita memaparkan gambarnya? Adakah untuk mencari pujian dan sanjungan atau menjadi tarikan lelaki ataupun suka-suka? Rasanya tidaklah menjadi satu kemudharatan jika tak memaparkannya.. Ingatlah pesan Rasulullah dlm satu hadis..:: “ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatanku berbanding fitnah perempuan terhadap lelaki”. [Riwayat Bukhari] :: Dan bagi lelaki, sepatutnya kalian perlu bersikap ‘menjaga’ wanita, bukannya mengambil kesempatan keatas diri mereka dengan pujian dan sanjungan yang diberikan kepada mereka.. Jangan sampai kita menjadikan mereka semakin terleka (hingga membuatkan mereka menambahkan lagi gambar mereka).. Ingatlah, lelaki adalah pemimpin bagi wanita…:: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita),…” [An-Nisa’ ayat 34].(✿~‿◕)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan