semasa dingin, bersikaplah lemah lembut, sederhana, tl0ng m'n0long, h0rmat m'h0rmati..
tetapi, semasa perang, jadilah garang, gagah dan bijaksana seperti harimau..
ingt..
dlm m'ng0takan janji, impian perlu dik0rbankn..
demi keamanan,kesejahteraan dan kebahagiaan smua..
Sabtu, 23 November 2013
Just thinking!
Jumaat, 22 November 2013
Sempurna dan Mulianya Agama Islam..
Salahuddin Vs Richard the LionSuatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba2 ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..
Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing2. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang salahuddin.
Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang
garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh
tangan jahat.
Beliau akan bergerak dari satu hujung medan
peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan
tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah
semata-mata. beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok
tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia
supaya bangkit membela Islam.
Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun
selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan.
Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan
beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga
isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..
Asakan Tentera Islam teramat dashat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku
Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..
"Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang2 kamu terdahulu?" Kata Ketua Tentera Kristian
Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu,jalan-jalan
di jerusalem 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam
yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah
dari jarak dekat di atas bumbung dan menara
rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang islam beramai2.
" Kami orang islam tidak seperti kamu" Jawab Salahuddin Al-Ayubi.
Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..
Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..
Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan
Allah" telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada jumaat,
27 Rajab 583H
bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan.
Wallahu a'alam..
Takrif Perjuangan Jihad Fisabilillah 0leh Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi
PERJUANGAN JIHAD FISABILILLAH
Apa itu perjuangan Jihad "Fisabilillah?."
Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi, dalam bukunya bertajuk AQIDAH MUKMIN I telah mentakrifkan erti perjuangan jihad "fisabilillah "(dalam waktu aman) adalah sebagaimana berikut:-
Perjuangan jihad "fisabilillah" ialah perjuangan yang bernar-benar kerana ALLAH dan untuk ALLAH semata-mata. Ianya benar-benar satu jihad menegakkan agama ALLAH dan hukum-hakam ALLAH samada melibatkan yang Wajib, yang Sunat, yang Makruh mahupun yang Haram. Mana-mana hukum yang Harusdiperjuangkan agar menjadi ibadah.
"(Bagaimana perkara-perkara yang Harus boleh menjadi ibadah kepada kita?. Seperti makan, minum, bekerja, tidur, safar, dll."
"Iaitu ia mesti menepati tentang 5 Syarat berikut - Niat, Perkara, Perlaksanaan, Natijah dan Amalan Asas tidak boleh ditinggalkan."
"Sila rujuk ‘5 Syarat-Syarat Ibadah’
untuk lebih maklum)."
Perjuangan yang dibangunkan itu pula *tidak boleh* atas dasar hendak berkuasa dan memerintah, atas dasar hendakkan pangkat dan nama, atas dasar hendak menegakkan bangsa, atas dasar hendak menghapuskan kezaliman (walaupun disuruh) dan lain-lain.
Kalau kita berjuang dan berjihad atas salah satu daripada maksud di atas, perjuangan kita itu sia-sia sahaja. Belum lagi digolong sebagai jihad "fisabilillah."
Kalau kita berjuang atas dasar kebangsaan sahaja, Rasulullah SAW ada mengingatkan kita di dalam sebuah Hadis yang bermaksud,*"“Tidak ada fahaman kebangsaan di dalam ajaran Islam”."*
Fahaman kebangsaan adalah fahaman yang sempit yang akan mengajak manusia bergaduh, kerana masing-masing ada bangsa. Perjuangan demikian hanya akan mencetuskan puak-puak.
Kemudian Rasulullah bersabda lagi, *"“Bukan daripada golongan kami, orang yang berjuang kerana kebangsaan”."*
Sebenarnya, kalau kita berjuang kerana menegakkan agama, bangsa akan terbela dengan sendirinya. Tetapi kalau kita berjuang membangunkan bangsa, agama akan dicuaikan. Hingga kerana itu, bangsa belum tentu dapat dibangunkan, agama sudah hancur berkecai. Kemungkinan besar fahaman kebangsaan dalam perjuangan itu akan mengambil-alih fahaman berjihad kerana agama.
Begitu jugalah dengan perjuangan menegakkan agama melalui konsep kapitalisme, sosialisme, sistem demokrasi terbuka@berpilihanraya dan sebagainya. Semuanya merupakan perjuangan yang tidak tepat untuk dinilai sebagai "fisabilillah."
Inilah yang perlu kita awasi. Walaupun dalam berjuang itu, macam api keluarnya ayat-ayat Al Quran dan Hadis, tetapi kerana perjuangan tidak tepat, orang yang berjuang begini bolehlah kita katakan sebagai telah memperalatkan Al Quran dan Hadis untuk mencapai matlamatnya. Dan bagi kita pula, tidak seharusnya terpengaruh dengan perjuangan sedemikian. Ia bukan digolongkan sebagai jihad "fisabilillah!."
Jihad "fisabilillah" yang sebenarnya adalah jihad yang setiap inci perjuangan tepat dengan kehendak ALLAH, yakni kehendak Al Quran dan Sunnah.
AL Quran dan Sunnah itu mesti dilaksanakan pada semua peringkat. Bukan pada negara sahaja tetapi juga di dalam diri sendiri, di dalam rumahtangga, di dalam masyarakat, di dalam pendidikan, di dalam ekonomi, di dalam politik, dan seterusnyalah hingga kepada persoalan alam sejagat.
Kemudian perlaksanaannya juga mesti betul hingga syariat lahir dan batin dijaga betul-betul. Kalau semuanya tepat mengikut kehendak Al Quran dan Sunnah, itulah yang dinamakan jihad"fisabilillah", dan sekiranya orang yang berjuang itu mati dibunuh atau terbunuh, insya-Allah nilainya adalah sebagai syuhada ALLAH. Baharulah jisimnya dikekalkan oleh ALLAH SWT.
Malangnya, ada di kalangan pejuang-pejuang Islam pada akhir zaman ini, semacam beria-ria benar berjuang hendak menegakkan agama ALLAH dalam negara tetapi diri sendiri dicuaikan, anak isteri masih mendedah aurat, dia terlibat dengan maksiat dan mungkar. Pejuang-pejuang begini telah mempersempitkan persoalan agama kepada aspek negara sahaja.
Sedangkan Islam itu bukan untuk negara sahaja tetapi untuk semua aspek dan semua bidang. Dan semua bidang itu mesti diperjuangkan samada mengenai aqidah, ibadah, perjuangan dan jihad, ekonomi, pendidikan, rumah tangga, politik dan seterusnya hingga kepada persoalan negara dan hubungan alam sejagat.
Kemudian yang diperjuangkan itu pula mestilah bermula daripada"alif, ba, ta" (dari peringkat rendah, yakni bina iman dahulu), bukan terus melompat hingga ke hujung.
Demikianlah kata-kata Ustaz Ashaari Muhammad, yang saya kira amat jelas dan terang sekali akan maksud ‘Jihad "Fisabilillah’". Tidak ramai ulama yang boleh memperkatakan hal demikian, lebih-lebih lagi sekarang ini ramai yang sudah tidak berkecuali. Sudah berpihak kepada parti-parti politik tertentu. Samada terikut-ikut dengan kumpulan ramai, iman tidak teguh atau tidak ada ilmu/minda yang relevan dengan zaman muktahir ini.
Itu baharu kita memperkatakan akan pengertian jihad fisabilillah.
Belum lagi kita membicarakan tentang tujuan perjuangan itu sendiri!.
Sebab orang zaman sekarang sudah tidak faham lagi akan maksud mereka berjuang. Mereka cenderung mengikut akal-akalan dan nafsu mereka semata.
Sebab apabila iman sudah tidak ada/tipis, nafsu sudah menguasai hati, akal sudah tidak berfungsi untuk berfikir dengan sempurna. Maka berlakulah kemungkaran kerana, “*"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”."*
Di sini suka saya mengutip sebuah madah bertajuk ‘Tujuan Berjuang’ dari Majalah ‘Alim untuk renungan bersama.
TUJUAN BERJUANG
Tujuan berjuang kerana hendak mengenalkan Tuhan Pencipta alamAgar disanjung, dicintai, disembah dan dijadikan idola
Selepas itu hendak kenalkan syariat-Nya untuk keselamatan manusia
Agar manusia hidup bersatu, bekerjasama, harmoni dan bahagia
Berjuang bukan kerana ekonomi, membangun dan berkemajuan
Ia merupakan sampingan sahaja, kalau boleh dijadikan untuk TuhanBerjuang mengajak manusia membesarkan Akhirat
Mengingatkan manusia, Akhirat tempat akhir buat insan
Di sana tempat kekal abadi
Sama ada di Syurga mahupun di Neraka
Itulah tugas-tugas para daie, mubaligh-mubaligh dan ulama
Mengajak manusia menyembah Tuhan
Jalan dan caranya itulah syariat-Nya
Jangan membesarkan Tuhan atau menyembah-Nya dengan cara yang kita reka-reka
Sekalipun yakin betul tapi tersesat jalannya
Ingin kepada Tuhan jalannya telah dinyatakan dan dijelaskan
Kalau jalannya mengikut cara sendiri tidak sampai kepada-Nya
Hari ini dakwah dan ceramah merata negara
Mercup tumbuhnya macam cendawan tumbuh di musim hujan
Tapi isinya politik dan unsur-unsur yang membawa pergaduhan
Tuhan tidak dikenalkan, jauh sekali untuk disanjung dan dibesarkan
Ini bukan pendakwah tapi pendakyah
Ia bukan fisabillah
Tapi jalan yang sudah tersalah
Ini bukan hendak menari redha Allah
Tapi mencari bala dan dosa serta Neraka.
POST MORTEM (BEDAH SIASAT)
Cuba kita periksa permasalahan di atas, samada betul atau tidak berlaku ketidakluhuran hubungan kasih antara makhluk dengan Khalid-Nya.
Antara fakta tersebut ialah:-
1) Pernahkah kita mengkaji sifat Tuhan sehingga dapat merasakan dalam hati, Tuhanlah yang sepatutnya diagongkan dan dibesarkan lebih dari segala-galanya.
2) Kita belum merasakan hanya kepada Tuhanlah tempat meminta pertolongan. Buktinya dalam apa jua masalah yang timbul kita tidak merujuk kepada Tuhan. Kita lebih banyak mengadu dan menceritakan masalah-masalah kita kepada manusia.
3) Begitu juga kita tidak menjadikan Tuhan sebagai pujaan atau kecintaan. Lebih-lebih lagi untuk menjadikan Tuhan sebagai idola. Buktinya, kita lebih mencintai isteri atau suami dan anak-anak. Kita sanggup berkorban untuk isteri atau suami yang tersayang daripaa berkorban untuk Tuhan. Seorang ibu sanggup bercengkang mata menunggu anak yang terlantar sakit berbanding bercengkang mata melakukan solat di tengah malam kerana rindu kepada Tuhan. Itu sahaja sudah cukup membuktikan bahawa kita lebih mencintai anak daripada mencintai Tuhan.
4) Bahkan banyak lagi perintah Tuhan yang masih kita abaikan malah kadang-kadang kita pertikaikan karana ia amat bertentangan dengan nafsu kita.
5) Rasa bertuhan atau sensitiviti kepada Tuhan sudah tidak ada lagi di hati kita. Buktinya kita merasa kagum, hairan dan takjub kepada sesuatu ciptaan Tuhan tetapi sedikit pun tidak kagum dengan Tuhan yang menciptakan benda tersebut. Misalnya, orang kagum dengan bangunan pencakar langit, sehingga berlumba-lumba bersaing membina bangunan yang tinggi-tinggi. Tapi yang peliknya, orang tidak pernah mengkagumi Tuhan yang menciptakan alat-alat untuk membuat bangunan itu seperti batu, besi, pasir dan sebagainya.
Begitu juga orang kagum dengan teknologi canggih era siber, tapi tiada seorang pun yang kagum pada Tuhan yang mampu berkomunikasi tanpa perantaraan apa-apa. Tuhan mampu berkomunikasi dengan manusia dalam satu masa di dunia hanya melalui sejenis alat komunikasi teknoloji paling tinggi yang diciptakan Tuhan iaitu hati.
Hati dapat berkomunikasi dengan Tuhan tanpa ada perantaraan apa-apa. Gelombang hati ini boleh bergerak lebih laju daripada gerakan cahaya. Itulah teknoloji ciptaan Tuhan yang tiada siapa dapat mengatasi kecanggihannya. Namun tiada siapa yang mengkagumi kehebatan Tuhan itu.
6) Manusia kagum dengan keajaiban otak, tetapi tidak pernah kagum kepada Tuhan yang mencipta otak. Pendek kata manusia sangat memuja alam semesta ini tetapi Tuhan yang mencipta alam itu tidak dipuja dan diagungkan.
Lihatlah betapa terpesongnya hidup kita dalam pencarian Tuhan di alam yang fana ini.
Yang direbut-rebut ialah alat (dunia/kekuasaan/kemewahan, dll), bukan matlamat (cinta ALLAH/Alam Akhirat).
Justeru itu, perjuangan memperkenalkan Tuhan mestilah diutamakan dan dibuat secara intensif sehingga hati manusia benar-benar merasa bertuhan. Setelah itu barulah diperjuangkan syariat Tuhan.
ALLAH jadikan syariat itu semata-mata untuk keselamatan manusia. Apabila sudah ada rasa bertuhan, barulah mudah manusia menerima syariat Tuhan itu.
Orang yang sudah kenal dengan Tuhan, jatuh hati pada Tuhan, cinta pada Tuhan, baharulah dia mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan. Agar dengan syariat tadi, manusia hidup bersatu-padu, boleh bekerjasama, hidup harmoni dan bahagia dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan bangsa.
Sepatutnya inilah tugas para daei, mubaligh-mubaligh dan ulama di dalam berjuang.
Kita sepatutnya mengajak manusia supaya menyembah Tuhan, membesarkan Tuhan dan mengagungkan-Nya mengikut jalan yang ditunjuk-Nya. Bukan dengan cara yang direka-reka mengikut kehendak sendiri. Sekalipun yakin cara itu betul tapi ternyata apa yang diperjuangkan akhirnya menyimpang jauh dari Tuhan.
Kalau kita benar-benar ingin menuju Tuhan, jalannya telah dinyatakan dan jelas sekali berserta contoh-contoh yang dibuat oleh Rasulullah SAW. Cuma kadang-kadang kita yang menyulitkan jalan yang telah jelas tadi.
Buktinya, walaupun banyak ceramah agama dan dakwah dilakukan di merata tempat tapi isinya berunsur politik dan unsur-unsur yang membawa umat Islam kepada pergaduhan dan perpecahan.
Walaupun masing-masing mendabik dada mengatakan apa yang diperjuangkan adalah Islam, tapi hakikatnya umat Islam semakin berpecah dan tidak bersatu. Kata-mengata, fitnah-menfitnah, mengadu domba dan mencanai kesalahan orang menjadi agenda utama dalam ceramah yang disampaikan. Hasil perjuangan yang dilagang memporak-perandakan masyarakat Islam, malah menjauhkan manusia daripada Tuhan. Apakah yang akan kita jawab di hadapan Tuhan di Yaumil Mahsyar kelak!.
Persoalan Tuhan, sedikit sangat atau langsung tidak disentuh di dalam ceramah-ceramah. Jauh sekali Tuhan hendak disanjung dan dibesarkan di dalam ceramah itu. Apalagi hendak diperkatakan tentang nasib di Akhirat. Kalau begitulah, apakah layak kita digelar pejuang Islam?.
"(Tarbiah di atas diambil dari Buku AQIDAH MUKMIN I dan MAJALAH ‘ALIM dengan sedikit tambahan oleh penulis supaya lebih jelas maksudnya)."
Memetik kata2 Imam Hasan Al-Banna..
Imam Hasan Al-Banna dikatakan pernah berkata: “Kewajiban itu lebih banyak daripada masa.” Hal ini memang jelas kerana dalam kejatuhan masyarakat Islam akhir zaman ini, kejahilan berleluasa termasuklah dalam masyarakat Islam sendiri. Undang-undang Islam, prinsip asas ajaran Islam bahkan negara Islam adalah antara konsep yang ditakuti oleh orang-orang Islam sendiri. Justeru, penerimaan terhadap jemaah Islam bukan atas dasar perjuangan ini bererti tugas masih belum selesai, bahkan masih jauh daripada matlamatnya.
Perjuangan islam adalah 1 kewajipan dan bkn 1 pilihan..
"Perjuangan Islam yang kita galas pada hari ini bukanlah satu pilihan, tetapi ia merupakan satu kewajipan yang terpikul di atas bahu kita semua."
"seandainya ada kata - kataku di sini bercanggah dengan Al - Quran dan As - Sunnah maka tinggalkanlah kata - kataku itu dan ikutlah Al - Quran dan As - Sunnah. "
Apakah Engkau Sudah Faham Erti Perjuangan?
Apakah Engkau Sudah Faham Erti Perjuangan?
*Ingatan Untuk Sahabat*
Pergilah sahabat semua, teruskan perjuangan kita, agar Islam dapat bangun dan bangkit semula. Sahabat , dalam menyusuri jalan perjuangan, jangan lupa memandang di belakang sejarah yang sering mengingatkan kita jerih perit para pejuang terdahulu, untuk kita jadikan pedoman dan pengajaran, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak mudah, jalan menuju syurga itu penuh kepahitan yang tidak kita impi-impikan untuk melaluinya.
Jalan perjuangan yang kita akan selusuri itu banyak benar denai duri yang tajamnya tidak terkata, sakitnya menusuk jiwa, air mata akan selalu mengalir, peluh keringat dan pengorbanan akan sentiasa membaluti tubuh. Sebab itu sahabat, sudah aku nyatakan berkali-kali, hidup ini perlukan dorongan seorang teman, teman di jiwa adalah iman, teman sepanjang perjalanan adalah Tuhan, teman suka duka adalah kawan-kawan kita iaitu manusia yang faham apa erti kehidupan. Sahabat, perjuangan yang kau tempuhi sebentar lagi akan menyebabkan engkau rasa putus asa, kecewa, sebak dan sedih yang tidak terkata.
Maka kuatkanlah semangatmu, selalulah panjatkan doa kepadaNya, kita jadikan malam-malam sebagai taman munajat kepada Tuhan. Dia tidak akan melupakan kita, Dia akan selalu mendengar rintihan kita dikala manusia kelu untuk berkata-kata. Dari situ kita suburkan kasih sayang dan cinta kepada Tuhan.
Perjuangan Itu Pengorbanan
Sahabat, perjuangan dalam jalan dakwah menuntut pengorbanan jiwa yang bukan sedikit, ingatlah setiap antara kita sememangnya berkewajipan untuk meneruskan tugas warisan para anbiya’ ini. Kerana cahaya Islam semakin suram di mata hati umat Islam sendiri. Cubaengkau lihat ada negara Islam yang bersekongkol dengan negara kafir untuk menyerang negara Islam sendiri, atas nama tujuan ekonomi. Mereka tidak meletakkan agama sebagai keutamaan. Cuba engkau lihat di negara Afghanistan pula, angkatan tentera yang kononya Islam bertakbir Allahu Akbar apabila berjaya membunuh saudaranya sendiri , umat Islam juga tetapi mereka sendiri dibantu oleh orang kafir. Islam apa ini namanya ?
Cuba pula engkau lihat kebejatan akhlak di negara kita sendiri, tidak mustahil jika suatu hari nanti yang engkau nampak adalah adik, abang dan keluargamu sendiri yang melakukannya. Itukah yang engkau mahu sahabat? Sedangkan kita telah dibekalkan dengan ilmu oleh para guru yang tidak kenal erti penat lelah untuk memastikan para pelajarnya keluar sebagai bukan sahaja orang yang berjaya bahkan juga sebagai da’ie di alam ini. Inginkah engkau lihat saudara-saudara kita terpekik, terlolong di dalam neraka ? sanggupkah engkau lihat ibu ayah kita menangis sepanjang masa di dalam kuburan melihat anak-anaknya tidak menjadi ‘manusia’ yang diinginkan oleh Allah ? dan kemudiannya mereka-mereka itulah akan menarikmu pula ke dalam neraka bersama sebab engkau tidak menjalankan tugasmu sebagai saudara seIslam untuk menegur dan menasihati mereka.
Sebab itu sahabat, sudah aku katakan tadi, cahaya Islam itu semakin suram, api pelitanya yang menerangi alam tidak seperti di zaman-zaman kebesarannya. Para ulama’ dibisukan dengan dunia oleh umara’. Mereka diselubungi oleh ketakutan sepanjang masa untuk menyuarakan yang haq. Agama telah diletakkan di bibir-bibir mereka sahaja.
Warisan Tugas Dakwah
Sahabat, tugas dakwah ini tugas kita, sebab kita telah belajar apa erti kesusahan Rasulullah dalam menyebarkan agama, kita telah merasai kemuliaan para sahabat yang mengalirkan air mata pengorbanan hingga dapat membangunkan Islam di seluruh pelosok dunia. Mereka bangun dengan semangat jihad yang dibentuk oleh al Quran dan sunnah Rasulullah, di hati-hati mereka tiada perasaan gentar atau takut selain dari Allah.
Mereka faham benar apa yang dimaksudkan di dalam ayat “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya” Surah As Saff ayat 2-3. Sebab itu sahabat, dengan nasihat yang lahir dari lubuk hati ini, dengan ikhlas aku menyatakannya kerana aku ingin melihat cahaya Islam itu semakin gemilang, agar Rasulullah mampu tersenyum andainya melihat sinarnya Islam selepasnya tidak kunjung padam. Moga-moga dengan amal ikhlasmu ini akan dipandang oleh Allah dan diredhaiNya di dunia dan di akhirat sana. Insya Allah…
Anak_Pejuang
1 Ramadhan 1422 hijrah
11.26 pagi
"Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermulanya daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari suatu perjuangan yang panjang."
*"(Assyahid Imam Hassan al Banna)"*
Selasa, 19 November 2013
RENUNGAN....
1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)........ Kalong **
.......* *T* *E* *T* *A* *P* *I...* *
**
KITA JUGA LUPA......
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'* *
Umpamanya:* *
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .* ***
Contohnya:* *
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila Tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...*
*.......infiniti. ......* *
Semoga Tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.**1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.** *
*2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.**3. Orang berpuasa di hari Arafah.'
**
*
*Sekian untuk ingatan kita bersama.*
*Wassalam.**
**p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia.* mYRA dZiRA *
Mulianya se0rang nabi..
Pernah suatu ketika Nabi Ayub a.s ditimpa ujian dan dugaan yg berat daripada Allah SWT.Namun kamu tahu apa yg Nabi Ayub a.s perkatakan dengan tabahnya??
"Segala puji bagi Allah, Allah telah mencurahkn pd diri ku nikmat , dimana nikmat itu adalah hak milik Allah.. dan saat Allah ingin mengambil kembali nikmat tersebut, Maka Allah layak untuk mengambil nya dan aku sangat bersyukur kepada-Nya."
Isnin, 18 November 2013
Mudah-mudahan..
Orang yg hebat sentiasa ceria walaupun hati terluka.
Orang yg hebat menyapu air matanya dgn senyum dan tawa.
Orang yg hebat sentiasa Redha yg dugaan itu tanda kasih dan sayang Allah SWT.
*Note to self,jadilah seorng yg hebat,jgn mudah lemah dgn masalah dunia yg sementara ni* Assalamualaikum,sobahul khair,moga hari ini lebih baik dari semalam.Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Ahad, 17 November 2013
Memetik kata2 tun Dr. Mahathir..
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah.
Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina.
Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan.
Bukan kecil langkah wira bangsa para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa, selangkah beerti mara mengharung sejuta dugaan.
Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka
dan bangsa terpelihara
air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.
Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya.
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan
mengangguk dan membenarkan, kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan
mewahnya,bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri.
Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain
memerdekakan, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi
pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap, menjadi pedagang dan peniaga selain
menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan
kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri? Apakah
angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina
empayar…
Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya
bangsa yang berjayaakan sentiasa dihormati.
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya.
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.
Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu
tanda bangsanya yang berjaya.
Erti sebuah persahabatan..
dlm sebuah p'sahabatan,tiada istilah siapa kita knal dlu dan siapa kita knal kmudian..
ingt ni..
kekuatan kuda itu bergantung kepada betapa jauh ianya boleh berlari, sementara keikhlasan hati bergantung kepada jangka masa yang sudah kita lalui..
Riwayat Syekh Yusuf Al-Maqassari
Syeikh Yusuf lahir tahun 1626 di Goa, Sulawesi Selatan. Ayahnya, Abdullah, bukan bangsawan, tetapi ibunya, Aminah, keluarga Sultan Ala al-Din. Dia dididik menurut tradisi Islam, diajari bahasa Arab, fikih, tauhid. Pada usia 15 tahun dia belajar di Cikoang pada seorang sufi, ahli tasawuf, mistik, guru agama, dan dai yang berkelana. Saya tahu dari sejarawan Belanda, Van Leur, betapa agama Islam dibawa ke Indonesia pada mulanya oleh pedagang-pedagang Islam yang sekaligus adalah sufi. Kembali dari Cikoang Syeikh Yusuf menikah dengan seorang putri Sultan Goa, lalu pada usia 18 tahun dia naik haji ke Mekkah sekalian memperdalam studi tentang Islam.
Di Makassar dia naik sebuah kapal Melayu dan berlayar menuju Banten yang merupakan pusat Islam penting di Nusantara. Di sana dia bersahabat dengan putra mahkota yang kelak memerintah sebagai Sultan Ageng Tirtayasa (1651-83), penguasa agung terakhir dari Kesultanan Banten, juga kerajaan terakhir dari Nusantara yang dengan kapal-kapalnya melaksanakan perdagangan jarak jauh.
Mengikuti rute perdagangan antar-Nusantara zaman itu Syeikh Yusuf melanjutkan perjalanan ke Aceh, lalu ke Gujarat, India, tempat dia bertemu dengan Sufi Nuruddin Ar-Raniri, penasihat sultan perempuan Safyatuddin dari Aceh, kemudian ke Yaman, akhirnya ke Mekkah dan Madinah, bahkan sampai ke Damascus (Suriah) dan Istanbul (Turki) yang disebut dalam tambo-tambo Melayu sebagai “Negeri Rum”. Bila dipikir sangat lamanya waktu perjalanan dengan kapal layar atau dengan kafilah unta zaman itu, maka sungguh mengagumkan kekuatan fisik dan mental Syeikh Yusuf untuk berkelana sambil belajar tasawuf bertahun-tahun dalam tradisi seorang sufi. Sungguh menyenangkan di Mekkah dia memperoleh ijazah dari tarekat (mystical order) Khalwatiyyah, diakui sebagai ilmuwan Islam yang berwibawa, dipandang sebagai guru agama oleh orang-orang Melayu-Indonesia yang datang naik haji ke tanah Haramyn. Dia menikah dengan putri Imam Shafi’i di Mekkah yang meninggal dunia waktu melahirkan bayi. Sebelum pulang ke Indonesia, dia kawin lagi dengan seorang perempuan asal Sulawesi di Jeddah.
SYEIKH Yusuf tidak kembali ke Goa di mana agama sudah dilecehkan, orang berjudi, mengadu ayam, meminum arak, menghidupkan lagi animisme tanpa ditindak secara tuntas oleh Sultan. Alih-alih dia menetap di Banten dan menjadi penasihat agama utama Sultan Ageng Tirtayasa. Sultan ini sangat anti-VOC Belanda. Ia berselisih dengan putranya yang dikenal sebagai Sultan Haji. Timbul perang saudara, Sultan Haji minta bantuan VOC yang mengirim tentara Kompeni untuk menangkap Sultan Ageng dan menyekapnya di Batavia di mana dia meninggal tahun 1692.
Syeikh Yusuf dengan 4.000 tentara Bugis memihak Sultan Ageng, turut bergerilya dengannya, juga ditangkap oleh Belanda. Pada bulan September 1682, Syeikh Yusuf bersama dua istrinya, beberapa anak, 12 murid, dan sejumlah perempuan pembantu dibuang ke Ceylon, kini Sri Lanka. Di Sri Lanka dia menulis karya-karya keagamaan dalam bahasa Arab, Melayu, dan Bugis. Dia aktif menyusun sebuah jaringan Islam yang luas di kalangan para haji yang singgah di Sri Lanka, di kalangan para penguasa, dan raja-raja di Nusantara. Haji-haji itu membawa karya-karya Syeikh Yusuf ke Indonesia, dan karena itu bisa dibaca di negeri kita sampai sekarang.
Mengingat aktivitas Syeikh Yusuf tadi, VOC Belanda khawatir dampaknya dalam bidang agama dan politik di Nusantara. Keadaan bisa bergolak terus. VOC lalu mengambil keputusan memindahkan Syeikh Yusuf ke Kaapstad di Afrika Selatan. Dalam usia 68 tahun, Syeikh Yusuf beserta rombongan pengikutnya terdiri dari 49 orang tiba di Tanjung Harapan tanggal 2 April 1694 dengan menumpang kapal Voetboog. Di tengah perjalanan badai besar menghantam sehingga membuat nakhoda Belanda, Van Beuren, ketakutan kapalnya akan tenggelam, tapi berkat wibawa dan karisma Syeikh Yusuf dia bisa tenang dan selamat sampai di Kaapstad. Akibat pengalaman tersebut, sang kapten memeluk agama Islam dan sampai sekarang keturunannya yang semua Muslim masih ada di Afrika Selatan.
Syeikh Yusuf ditempatkan di Zandvliet, desa pertanian di muara Eerste Rivier, dengan tujuan supaya tidak bisa berhubungan dengan orang-orang Indonesia yang telah datang lebih dahulu. Lokasi itu di Cape Town sekarang dikenal sebagai Macassar. Bersama ke-12 pengikutnya, yang dinamakan imam-imam, Syeikh Yusuf memusatkan kegiatan pada menyebarkan agama Islam di kalangan budak belian dan orang buangan politik, juga di kalangan orang-orang Afrika hitam yang telah dibebaskan dan disebut Vryezwarten.
MENYAMPAIKAN syiar Islam, memelihara dan mempertahankan agama Islam di kalangan golongan Muslim merupakan perhatian dan aktivitas Syeikh Yusuf di Afrika Selatan. Sebagai sufi, dia mengajarkan tarekat Qadiniyyah, Shattariyyah, dan Rifaiyyah di kalangan Muslim Afrika Selatan. Dia meninggal dunia tanggal 22 Mei 1699 dan dimakamkan di Faure, Cape Town. Makamnya terkenal sebagai Karamah yang berarti ‘keajaiban, mukjizat’. Sultan Gowa meminta kepada VOC supaya jenazah Syeikh Yusuf dibawa ke Tanah Airnya. Dia tiba di Goa 5 April 1705 dan dimakamkan kembali di Lakiung. Seperti makamnya di Faure, makamnya di Makkasar juga banyak diziarahi orang. Fakta bahwa Syeikh Yusuf memiliki dua makam menimbulkan spekulasi. Sejarawan De Haan percaya Belanda mengirimkan kerangka Syeikh Yusuf ke Makassar dan karena itu makamnya di Faure telah kosong. Di pihak lain, tulis Prof Azyumardi Azra dalam makalahnya, orang-orang Muslim di Cape percaya hanyalah sisa sebuah jari tunggal dari Syeikh Yusuf yang dibawa kembali. Spekulasi ini mungkin ada benarnya mengingat sebuah legenda di Goa mengenai jenazah Syeikh Yusuf yang dimakamkan kembali. Menurut legenda, pada mulanya hanya sejemput abu yang mungkin sisa-sisa jarinya yang dibawa dari Afrika Selatan. Tapi abu itu bertambah terus sampai mengambil bentuk seluruh badan penuh Syeikh Yusuf tatkala tiba di Goa. Dr Nabilah Lubis berkata kepada saya, soalnya adalah apakah yang tiba di Goa, kerangka atau keranda?
Syeikh Yusuf adalah seorang sufi. Pada awal tahun 1960-an ketika membaca soal mistik di Jawa dalam disertasi Dr Schmidt yang diajukan di Universitas Geneva saya mendapat keterangan tasawuf mana yang tidak diterima oleh Islam. Yaitu yang mengandung panteisme, yang menganggap diri sendiri adalah Tuhan, ana’l Haq, itu ditolak. Azyumardi Azra menulis Syeikh Yusuf menolak konsep wahdah al-wujud. Dalam analisis terakhir: man is man and God is God. Karena HAMKA menulis buku Tasawuf Indonesia saya bertanya kepadanya apakah dia sufi, dan pada awal tahun 1960-an Buya menjawab dalam bahasa Minang: Ha indak, ambo ma ngaji-ngaji sajo. HAMKA menyangkal dirinya seorang sufi.
Memang susah menjelaskan tentang sufi apabila orang tidak menjalankannya dengan bergabung dalam sebuah tarikat yang dipimpin oleh syeikh. Sebagai orang awam, tentu terlebih-lebih saya tidak punya bakat dan persediaan untuk memahami sufi dan ajarannya. Kalangan yang mengetahui berkata sufi-ism adalah sama dengan akhlak yang baik.
Siapa yang berusaha hidup dengan akhlak baik, tidak mengundurkan diri dari masyarakat ramai, tetap aktif dalam urusan dunia, mengindahkan sepenuhnya suruhan dan larangan Tuhan, dia itu sesungguhnya mirip sufi. Bagaimanapun juga, Syeikh Yusuf al-Makassari, Pahlawan Nasional, adalah seorang sufi.
Majalah terbaik!
Dua majalah yg terbaik untuk dikongsikan. 'The Futurist' dan 'Current History'. The Futurist ialah terbitan USA dan ia mengandungi ramalan dan idea-idea untuk masa depan dunia yang dibuat oleh pemikir-pemikir yang handal di dunia, khususnya dari barat. Current History pula mengandungi karangan-karangan pakar mengenai hal ehwal semasa di seluruh dunia dan ianya juga diterbitkan di USA.
Khamis, 14 November 2013
janji Allah itu pasti..
nah ilmu sikit..
3 tempat yg kita perlu cari hati kita..
Allah sentiasa ada..
nk awk taw..
persoalan dan jawapan mengapa kita diuji..
hargailah..
tulang rusuk pasti dtg dgn sendirinya mencari pemiliknya..
"INI DIA LELAKI HEBAT NAMANYA"
inikah cinta..
cinta..
nk awk taw cik nadziratul amira..
ketahuilah mengapa lelaki tegur anda tentang aurat..
jodoh..
kerana Allah taala..
andai lelaki tahu..
Rabu, 13 November 2013
Pers0alan..dan bgaimana kita menyelesaikannya..
kenapa?
mengapa?
bgaimana?
apakah?
dan?
em,dipementasan ni kita sering kali didatangkn dgn pers0alan yg akan membuatkn kita berfikir dgn l0gik akal..
dan bgaimana kita mencari jwpnnya?
ia xmudah..
tapi hny pengalaman,waktu,persekitaran,pergaulan yg akn membantu kita,malah ditambah dgn d0a..
Jumaat, 1 November 2013
Pengalaman mematangkn fikiran!
stiap manusia yg hdup tlh dianugerahkn akal fikiran..
tp x smua mampu m'gunakannya dgn baik..
jgn slhkn mreka..
maafknlah mreka..
hdup ni bkn utk memuaskn aty mnusia lain,krn kesempurnaan x kn kita temui..
bersyukur dgn apa yg dianugerahkn..
Renungan..
smaada kita sdr atau x,kita slalu alpa ttg d0sa dan phala..
pdhal Allah tlh jdikn mnusia ni sgt sempurna,sesempurna s0rg insan..
ingtlah,Allah xkn m'ubah nsib s0rg hamba 2 melainkn hamba 2 yg m'ubahnya..
jgn jd islam hny pd keturunan atau nma sja, tp jd la islam yg sbenar yg m'jlnkn tnggungjwb sbgai s0rg islam..
ingt ni, crilah rzeki spt kmu ingn m'n0ngkak dunia, dan crilah iman serta amal spt kmu akn mati pd es0k ari..
ingtlah,islam 2 indah..
sgala knci dan petunjuk tlh disediakn,cuma kita yg perlu m'crinya..