Jumaat, 27 Disember 2013

Cubaan dan rintangan..

kdg2 sdg kita cuba mengharungi cubaan dan rintangan, kita akn rsa d0wn sgt. Msa 2 kita akn mula pasrah dan berharap ada sese0rang yg akn hadir utk menghulurkan tangan dan bantuan.
Saat 2 juga akal fikiran mula teringat tentang apa yg pernah kita lakukan dan usahakan demi insan lain yg memerlukan. Tp sebenarnya kita lupa, apa kita wat selama ni, xsemestinya akn ada yg hrgai dan pandang sbb mereka hny nampak bnda 2 wkt mereka perlukannya. Hny manusia yg fhm erti dan nilai sebuah persahabatan sja akn nampak dan sanggup bersusah senang dgn kita dan saling membantu.
Oleh itu jgn kita bersedih hati. Banyakkan bersabar dan berdoa, kerana Allah akn sentiasa ada bersama kita.
Allah 2 adil. Allah xkan hadirkan sesuatu dugaan 2 melampaui batas kemampuan seseorang hambanya.

Khamis, 26 Disember 2013

Terjumpa dan benda ni btl..saya setuju walaupun sy menyokong umn0..

Ini artikel menarik. Bacalah!!!

ANTARA MALAYSIA & SINGAPURA & KOREA SELATAN: MENGAPA MALAYSIA SEMAKIN TERTINGGAL?

Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah org politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana2 parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis utk org2 susah...utk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini.

Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dgn hati terbuka. Mengkritik kerajaan yg ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya utk rakyat teramai ini....terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yg bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yg telah memberi undi atau kepercayaan utk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka..."Kalau tak suka...". Jadi eloklah kita panggil mereka  ini "Menteri kalau tak suka".

Saya ingin bertanya kpd anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kpd Inggeris. Kerana apa saya kata demikian...kerana mereka tidak berwibawa utk membela nasib rakyat.

Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dlm pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dgn Malaysia dlm sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yg diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.

Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yg terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas...pertama apa yg dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi2 kerajaan. Beliau tahu dgn rasuah negara ekonomi sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.

Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada air...tapi dgn air yg dibelinya dari Johor, dgn air itu juga dia membuat duit utk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dgn harga lebih mahal daripada Singapura...heeeeee....lucukan.

Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kpd minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak utk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dgn keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.

Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan2 dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi utk menyimpan wang mereka.

Berbanding dgn Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?

Kepimpinan negara yg baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana utk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dgn sumber alam semujadi yg begitu byk Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dgn pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg byk itu dibelanjakan???

Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri.

Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew byk mengikut atau mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa...jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yg jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dgn kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...

Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi.

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12

Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..
Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas.

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya.

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dlm setiap negara.

Contoh, byk ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dlm masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat mcm tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...

Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dgn Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yg lesapkan.

Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dgn Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US . Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yg baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yg tinggi utk rakyat mereka.

Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dlm isu yg lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yg kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.

UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dgn dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yg mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.

Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit utk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.

Kerajaan yg baik sepatutnya memikirkan bagaimana utk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dgn baik atau dilimpahkan kpd kroni masing2, rakyat yg terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yg pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kpd kalian.

Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih kemunkaran ~ maka kita anak2 cucu cicit kita akan terus berterus2an menerima akibat2 nya ~ Maka ubah reform islah semampu kita ~ sila forward moga semua faham tahu kedudukan kita & Peace For All

Rabu, 25 Disember 2013

Thanks sayg!

2.13 am.. 25.12.2013..

Thanks syg,sbb msih nk tlg sy n pcya pd sy..sy terharu..
Sy hrgai jasa n usaha awk 2..
Sy sbnr nye sgan,tp t'pksa..
Maafkn sy ye sbb susahkn awk..
InshaAllah jika de peluang,akn sy bls jasa n usaha awk ye..
Awk ttp akn jd kwn,adk,fmily n kekasih sy smpi bila2..
I l0ve u s0 much!

Sabtu, 21 Disember 2013

Lelaki sepatutnya memimpin..

~✿>>Apabila wanita cantik dengan          berpakaian menarik perhatian lelaki          memaparkan gambarnya, mulailah ada          lelaki memberi komen gedik..          “Comelnya awak..”          “Awak ni begitu sempurna, mesti beruntung          jika dapat isteri macam awak..”          “Awak ni cute la..”          Apabila wanita menutup aurat ataupun          berpurdah memaparkan gambarnya,          mulailah ada lelaki yang memberi komen          ala-islamik..          “Subhanallah, baiknya awak..”          “Inilah muslimah solehah..”          “Pasti beruntung suami awak nanti..”          :: Sedangkan, apakah tujuan sebenar          wanita memaparkan gambarnya? Adakah          untuk mencari pujian dan sanjungan atau          menjadi tarikan lelaki ataupun suka-suka?          Rasanya tidaklah menjadi satu          kemudharatan jika tak memaparkannya..          Ingatlah pesan Rasulullah dlm satu          hadis..::          “ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih          buruk selepas kewafatanku berbanding          fitnah perempuan terhadap lelaki”.          [Riwayat Bukhari]          :: Dan bagi lelaki, sepatutnya kalian perlu          bersikap ‘menjaga’ wanita, bukannya          mengambil kesempatan keatas diri mereka          dengan pujian dan sanjungan yang          diberikan kepada mereka.. Jangan sampai          kita menjadikan mereka semakin terleka          (hingga membuatkan mereka menambahkan          lagi gambar mereka)..          Ingatlah, lelaki adalah pemimpin bagi          wanita…::          “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi          kaum wanita, oleh kerana Allah telah          melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas          sebahagian yang lain (wanita),…” [An-Nisa’          ayat 34].(✿~‿◕) 

Jumaat, 20 Disember 2013

Kerana Allah..

عَنْ اَنَسٍ: اَنَّ رَجُلاً كَانَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ فَمَرَّ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُوْلُ اللهِ اِنّي لأحِبُّ هَذَا فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ أَعْلَمْتَهُ؟ قَالَ: لا، قَالَ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ: أعْلِمْهُ فَلَحِقَهُ فَقَالَ: إِنِّي أُحِبُّكَ فِى اللهِ فَقَالَ: أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِى لَهُ
Anas r.a. mengatakan bahwa seseorang berada di sisi Rasulullah saw., lalu salah seorang sahabat melewatinya. Orang yang berada di sisi Rasulullah tersebut mengatakan, “Aku mencintai dia, ya Rasulullah.” Lalu Nabi bersabda, “Apakah kamu sudah memberitahukan dia?” Orang itu menjawab, “Belum.” Kemudian Rasulullah saw. bersabda, “Beritahukan kepadanya.” Lalu orang tersebut memberitahukannya dan berkata, “Sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah.” Kemudian orang yang dicintai itu menjawab, “Semoga Allah mencintaimu karena engkau mencintaiku karena-Nya.” (Abu Dawud, dengan sanad shahih) 

❥ YAKINLAH JODOH TERBAIK PASTI ADA "

❥ Seseorang hadir dlm hidupmu karena sebuah alasan,dia datang menawarkan kebahagiaan dan juga kekecewaan..          ❥ Kadang, ada yang hanya          datang menyapa saja, tetapi ada pula yang sudah jauh melangkah..          ❥ Mereka datang silih berganti          meninggalkan kenangan yang terkadang perih..          ❥ Namun, percayalah,Akan ada seseorang yang datang dan menetap sepanjang masa hidupmu.          ❥ ALLAH sengaja membiarkanmu bertemu dengan beberapa orang yang salah, sebelum akhirnya mempertemukanmu dengan orang yang tepat agar kamu bisa mensyukuri kurnia-NYA dan bisa belajar dengan semua kesalahanmu..          ❥ Jangan pernah menganggap sakit hatimu sebagai cara untuk menjauhi indahnya hidup..          ❥ Tapi jadikanlah sakit hatimu sebagai pelajaran yang sangat berharga dalam hidupmu..          ❥ Yakinlah ALLAH telah menyiapkan Jodoh yang terbaik          untukmu, Ya Allah.. jika bukan dia yang tercipta untukku kau tetapkanlah hatiku pada pemilik yang sebenar..          #Amin Ya rabilalamin.. :') 

Khamis, 19 Disember 2013

Beza antara suka dan cinta..

“Apa beza antara suka dan cinta?” Si          gadis bertanya. Si lelaki melipat          helaian akhir novelnya lalu menjawab :          “macam apa yang kita rasa pada          sekuntum bunga.” “Terangkan?” Si          gadis musykil. “Kalau kita suka pada          sekuntum bunga, kita akan petik bunga          tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau          kita cintakan bunga tu, kita akan          biarkan ia pada dahannya dan sentiasa          siram ia agar ia sentiasa segar.          Samalah macam manusia. Kalau kita          suka pada seseorang, kita akan berusaha untuk miliki dia. Tapi kalau kita cintakan dia, kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia          walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita…” 

Rabu, 18 Disember 2013

Tajamnya lidah!

Terlajak sampan boleh kita undur kan...terlajak kata bangsa yang binasa..lidah adalah senjata yang paling tajam..simpan lah dlm kalimah yang kita lafazkan..jangan gunakan untuk membunuh diri sendiri...bangsa sendiri...kerana INI BUKAN MASANYA....DISINI BUKAN TEMPATNYA..

Selasa, 17 Disember 2013

SAHABAT lagi..

"
Hari nie saja aku terasa nak berbicara tentang SAHABAT...""
""Pada aku sahabat adelah seseorang yg boleh susah senang bersama-sama kite.. kalau nak tahu dia sahabat sejati atau tidak... pada aku... sahabat nie dia sanggup bersusah payah utk kite especially bile kite berada di dalam keadaan susah & berduka... dia yg sanggup menangis bersama-sama kite... tidak ade perasaan iri hati diantara satu sama yg lain... sahabat juga sanggup mengharungi apa jua cabaran dan dugaan... ibarat mencubit peha kiri peha kanan jua terasa... itu lah yg aku boleh katakan dan rasakan sahabat sejati dan sehidup semati...""
""Memang tak dinafikan sangattt susah nak mencarik sahabat2 begini... tetapi malangnyer ade juge sesetengah manusia yg tak penah bersyukur dan berterima kasih apabila dikurniakan sahabat sejati! aku tak tahu sama ade dia sedar atau tidak yg dia mempunyai sahabat sejati... tapi itulah malangnyer bile dia tidak sedar.. sesungguhnya dia telah kehilangan sesuatu yg sesunguhhnya sangat2 susah nak dicari dlm hidup ini!""
""Aku rasa & berpendapat... banyak org yg suke takat nak berkawan ala.. gitu gitu aje.. like sooo sooo dah laahhh.. tak mo berat2 kan kepala biler berkawan rapat.. susah nak jaga hati maybe.. but to me.. kalau kite betol2 paham memahami... sayang menyayangi antara satu sama lain... aku rasa masalah ini takkan timbul! sama jugak lah dlm hubungan suami isteri.. kalau kite tak paham memahami... maka sangat mudah satu ikatan rumahtangga tu nak runtuh... well.. it's an communication BREAKDOWN! so... dlm sesuatu perhubungan tuu... sifat saling paham memahami adelah sangatt penting!  Oh yaa.. bertolak ansur juga penting!""
""Malangg seribu kali malanggg.. bile ade manusia yg tak reti nak value & appreciate erti dan jugak nilai sesebuah persahabatan!  ade manusia yg sangatt durjana sampai sangggup menggunakan sahabat demi kepentingan mereka sendiri!  biler susah... pandai di carik... sahabat dia jugak lah di cariknyer.. sanggupp... time tu dan2 dia ingat pada sahabat nyaa.. tapi biler dia dah senang... biler dia dah dpt apa yg dia mahukan... teruss.. dengan sekelip mata dia boleh lupaa akan segala pertolongan ikhlas yg penah sahabat dia berikan!  lagi sadisss... biler ade jugak sesetengah manusia yg boleh dan sanggup hingga sampai tahap memfitnah sahabat sendiri!  tanpa usul periksa dan jugak tanpa sebarang bahan bukti... mereka tanpa rasa sedar diri memfitnah sahabat yg telah banyakk membantu mereka selama ini...   ""
""Isshh.. macam2 kerenah manusia nie kan... itu belum lagi yg sahabat makan sahabat... ok.. kenapa aku tak guna perkataan KAWAN disini.. sbb pada aku kawan itu adelah terlalu general... kawan nie adelah golongan kenalan kite yg kite berkawan.. tetapi kite tak se-close like we will share lots of our story with them... especially our private life... and also our problems... however... kalau kite dah close with seorang kawan.. kite dah mula percaya pada mereka.. kite akan mula bercerita banyak perkara tanpa ade sebarang sempadan.. we will share everything.. our sadness & happiness with no border line in it!  begitu lah bile dah ade kepercayaan... disitulah bermulanyer episod sebuah persahabatan... dari kawan bertukar menjadi sahabat setia yg sanggup susah senang bersama...""
""Just remember.. your true friends will never betray you... sahabat sejati takkan penah menikam kamu dari belakang... dia takkan mengumpat akan hal kamu... dia tidak akan membiarkan kamu dalam kesedihan... kamu boleh rasa ade sifat dan nilai kejujuran dlm pertalian persahabatan kamu.... sahabat sejati juga akan ingat dan mengenang segala pertolongan yg penah kamu berikan pada diaa..  dan juga sahabat sejati akan sentiasa memberi kritikan yg membina dan menegur segala kelemahan kite.. ""
""Yea memang betol.. no body is perfect! ade masa pasti kite akan ade juga perselisihan faham... tapi disitulah kite perlu pupuk sifat faham memahami... kalau ade any arguements.. just argue on it.. then later just forgive and forget... BUT with 1 condition... DO NOT repeating the same mistake again and again.... try to give and take... understand each other more... then insyallah... you'll happy forever and ever! 

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari..

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.Mencari sahabat pada waktu susah.Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.Pasang surut persahabatan.Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.Sukarnya mencari sahabat sejati.Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.Sahabat sejati pada waktu susah.Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.Rosaknya keperibadian seseorang.Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuanDua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.Menghormati orang lain.Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.Menghadapi musuh.Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.Tipu daya manusia.Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.Tempat menggantungkan harapan.Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.Menjaga nama baik.Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan ddddd hambaNya maka dijadikan dosa2 terbayang di ruang mata..

Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...
Dicatat oleh IBNU MUSLIM 

Selasa, 10 Disember 2013

Kisah Sedih!! Nilai Seorang ISTERI!

Apabila membaca ini, kita akan dapat faham apakah nilai sebenar seorang isteri.~         
Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang kedepan.         
PENCERAMAH : ” Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”        
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, disana ada nama jiran, orangtua, teman kerja, sahabat, anak dan  juga isteri nya serta seterusnya.         
PENCERAMAH : Sekarang silakan pilih 7 diantaranya yang sekiranya anda ingin hidup terus bersamanya.    
Lelaki itu menghapus 3 nama yang ditulisnya tadi.       
PENCERAMAH : Hapus 2 nama lagi,sehingga tinggal lah 5 nama lagi yang ada di papan tersebut.         
PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi”,       maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isteri nya.         
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.         
Tiba-tiba PENCERAMAH berkata : “silakan padam 1 nama lagi!”,         
Lelaki itu perlahan mulai mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya secara perlahan.         
PENCERAMAH : Silakan pilih 1 nama lagi!.         
Lelaki menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat laun mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.         
Setelah suasana tenang,
PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu. :” kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi.”  
Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.         
Lalu lelaki menjawab:        
” Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi dan meninggalkan saya, sedangkan anak jika sudah dewasa akan berkahwin , setelah itu juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”       
Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas.. 

Hargailah ketika masih ada didepan mata..

baca nie sampai habis : Awak, awak nak tahu tak?? Ramai sangat yang ziarahi saya :') tapi saya pelik kenape diorang menangis?? Awak, diorang baiklah :') diorang mandikan saya lah, guna sabun, airnya pun sejuk :') Awak, diorang bedak kan saya lah, pastu diorang pakai kan wangian pulak tu :') wangi sangat baunya macam air mawar :') Awak, saya dapat baju baru :') warna nya putih semua :') bersih pulak tu :') Awak, diorang baik lah :') diorang solatkan saya lah :') tapi tak tahu macam mane nak berterima kasih dekat diorang.. Awak, saya dapat kereta baru lah :') ianya boleh bawa saya ke rumah baru saya pulak tu :') tapi saya sunyi lah awak, rumah baru saya tiada sesiapa nak meneman saya lah, gelap pulak tu Awak , tolong saya, saya takut duduk sorang sorang nie tapi dah memang takdir saya kat rumah baru saya lah awak, saya redha jea :') Allah lagi menyayangi saya :') Awak, nanti awak selalu2 lah ziarahi rumah baru saya tau?? Bawak lah sedikit air dan bunga untuk ditabur di rumah saya nie :') tapi jangan lupa awak ! Saya nak Al- Fatihah dari awak dan sedikit doa agar saya tenang dan tidak sunyi dalam rumah baru saya ini :') Awak, kenape awak sedih nie?? Nie yang saya tak boleh nak tengok nie Awak! Jangan lah menangis kat rumah saya nie saya sakit tahu tak ?? Cuba awak senyum boleh kan?? Saya tak boleh nak lapkan airmata awak lagi. Bila awak sedih, lagilah saya sakit. Ingatlah ! Selagi orang yang kita sayangi masih berada di depan mata kita, jangan lah kita sia2 kan nya atau menyakitinya. Bila mereka sudah tiada baru kita tahu apa itu erti kehilangan. Maka jagalah dengan baik orang yang kita sayang, jika kita ikhlas dari apa segi sudut, semua perkara yang kita buat mesti mendapat kebaikan nya , inshaAllah..

Khamis, 5 Disember 2013

Bahagian masing2..

kita blh cuba,
tp kita xmampu tentukan..
setiap manusia ada bahagian masing2,
janji Allah 2 pasti..

Persahabatan!

dlm sebuah persahabatan kita sepatutnya menjaga 1 sma lain..
dan tdk memikirkan diri kita sendiri,
malah kita perlu memikirkan sahabat yg sentiasa bersama kita..

Rabu, 4 Disember 2013

Menghargai!

0rg slalu ckp dlm idup ni,pkra pling malang adalah bila kita x dihargai...
Tp sbenarnya bnda 2 slh..
Dan sbenarnya pkra pling malang dlm idup adlh bila kita xtaw menghargai dan bersyukur wlaupn hny 1 kebaikan yg 0rg wat pd kita..

Manusia..

Masa dan keadaan yg merubah manusia..
Kita blh cuba,
Tp kita xmampu tentukan..
Setiap manusia ada bahagian masing2,
Janji Allah 2 pasti..

Pesan mak..

# mak pesan " jgn kongkong , slagi ta de ikatan , biarlah dy nk bkwn dgn bape ramai perempuan sekalipun , biarlah dy nk mgaku single dgn permpuan2 tu skalipun , , bole cemburu , tp , jgn tunjuk , jgn memberontak , pendam je la semue rase 2 . . kalau dy buat semue 2 , maknenye ati dy bukan 100% utk kau , sbb 2 dy carik laen . . simpan perempuan laen . . doa je la , ble jodoh kau dgn dy , dy brubah . . tgl kan semue 2 . . time 2 , nk kongkong , kongkong la , sbb dah sah2 dy milik kau . . " atok pulak pesan , " kecewe mcm mane p0n kite , jgn sesekali kte buat owg , , biarlah owg yg buat kite , , jgn berdendam , , jgn memaki hamun , , sekarang mungkin kite byk kecewe , tuhan 2 maha adil , mane tau 1 ari nnt kte dpt bahagie yg hakiki sbg ganti dari segale duke yg pernah kite dpt sbelum 2 , , " . .   .. !!! 

Percuma tetapi amat berharga!

Ia prcume ttpi amat brhrga

Ia mnjdi kn pnerima nya kaya

Tnpa mnjdikn pmberi nya mskin

Sprti kilat ttpi brlegar d ingtan spnjg msa

Tdk ada ssiapa yg trlalu kya

Hingga Tdk mmrlukannya

Dan Tdk ada ssiapa yg trlalu miskin 

Hingga Tdk mmpu mmprolehnya

Ia mmbhgiakn rmah tgga

Kmsraan dlm prshabatan

Dan kbaikan dlm prniagaan

Ia mmbri kkuatan pd yg kletihan

Mmulihkn smgt pd yg kcewa

Mggembirakn yg ksedihan

Dan ubat mujarab kpd yg kesunyian

Ia trlalu brhrga shingga Tdk boleh d jual beli,d pinjam atau d curi

Seriknlah wajah anda dgn SENYUMAN......